Sabtu, 6 Oktober 2012

Kata Ganti Nama Diri


Situasi 10

Hari : Jumaat
Tarikh : 5 Oktober 2012

Selepas kuliah tamat, saya segera ke tempat menunggu bas untuk pulang ke rumah. Semasa sedang menunggu bas saya terdengar perbualan beberapa orang pelajar. Mungkin mereka pelajar yang mengambil program Bahasa Arab. Mereka telah menggunakan kata ganti nama diri yang berbeza dengan Bahasa Melayu.

Pelajar 1 : Ana mahu beli makanan dulu ni.
Pelajar 2 : Ente temankan ana beli makanan la. Jom pergi.

Ulasan :

Penggunaan kata ganti nama diri sangat penting bagi menunjukkan kedudukan, taraf sosial seseorang dan sebagainya. Dalam perbualan seharian, kebiasaannya remaja akan menggunakan aku dan kau sebagai kata ganti nama diri untuk menunjukkan kemesraan dalam hubungan. Namun, penggunaan kata ganti nama diri seperti ana dan ente ini juga turut boleh digunakan dalam perbualan seharian malah penggunaannya lebih lembut berbanding dengan aku dan kau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan