Sabtu, 6 Oktober 2012

Cerita ‘P’


Situasi 8

Hari : Rabu
Tarikh : 3 Oktober 2012

Petang ini, saya dan rakan-rakan duduk berkumpul di bawah sebatang pokok yang terdapat di kampus bagi menunggu waktu kuliah yang seterusnya bermula.  Sewaktu kami berbicara mengenai tugasan yang semakin banyak diberikan oleh pensyarah untuk disiapkan, salah seorang rakan saya mengadu bahawa dia berada dalam keadaan tertekan untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan. Rakan seorang lagi pula telah memberikan kami satu keratan kecil cerita untuk kami baca bagi menghilangkan tekanan yang dihadapi.


Ceritanya berbunyi seperti ini:

Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.

Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.

Kami diminta membaca cerita tersebut dengan kuat. Masing-masing tergelak apabila setiap orang di antara kami membacanya. Terdapat juga rakan-rakan yang salah menyebut semasa membaca cerita ini.

Ulasan:

Bahasa juga boleh digunakan sebagai alat untuk menghilangkan tekanan. Bahasa merupakan sesuatu yang boleh di ubah mengikut situasi-situasi tertentu. Hal ini menjadikan bahasa itu semakin unik apabila digunakan dalam pelbagai cara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan