Situasi 5
Hari : Sabtu
Tarikh : 29 September 2012
Kolej Za’ba telah mengadakan Karnival
Kesenian Islam selama beberapa hari. Pada hari ini, saya sempat singgah di sana
bersama beberapa orang rakan saya yang lain. Terdapat banyak aktiviti yang
dijalankan semasa kami di sana. Selain itu, terdapat juga beberapa gerai yang
menjual pelbagai jenis barangan termasuk pakaian, buku dan makanan. Saya sempat
singgah di sebuah gerai yang menjual pelbagai jenis buku. Namun saya tertarik
dengan tajuk dua buah buku yang dijual di sana. Buku tersebut berjudul ‘online dengan Tuhan’ dan ‘offline dengan syaitan’.
Ulasan:
Walaupun tajuk buku tersebut menggunakan
percampuran bahasa, namun tajuk sebegitu mampu menarik minat pembaca untuk
membelinya. Memandangkan zaman sekarang merupakan zaman yang pesat dengan
perkembangan teknologi terutama penggunaan ‘muka buku’ atau ‘facebook’, perkataan online dan offline ini amat sinonim dengan teknologi tersebut. Hal ini, dapat
menarik minat remaja untuk membaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan