Hari: Isnin
Tarikh: 1 Oktober 2012
Malam ini, latihan bagi kelas drama
telah diadakan di dalam fakulti bahasa dan komunikasi. Kami diminta berkumpul
di sana tepat jam 8.00 malam. Tugasan telah diberikan dan masing-masing
menjalankan tugas yang diberikan dengan baik. Bagi para pelakon, mereka diminta
untuk melakonkan watak-watak yang telah diberikan. Semasa latihan drama ini
dijalankan, salah satu watak yang terdapat dalam drama ini telah menggunakan
bahasa Melayu yang bercampur dengan loghat cina.
Ayatnya seperti:
Lu mesti cari dan bawa dia ke mali. Kalau tidak lu
punya kepala putus aku penggal. Sikalang pergi cari sampai dapat!
Ulasan:
Dalam kehidupan seharian, terdapat pelbagai bahasa yang dituturkan. Bahasa Melayu yang bercampur dengan loghat Cina ini sering kita dengar apabila pergi ke kedai-kedai yang dimiliki oleh orang Cina. Penggunaannya tidak dianggap salah dalam kalangan masyarakat Melayu kerana mereka juga sering menggunakan bahasa seperti ini. Namun, jika kita mengikut sistem bahasa yang sebenar, penggunaan bahasa seperti ini jelas salah dalam sistem bahasa Melayu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan