Situasi 4
Hari : Khamis
Tarikh : 27 September 2012
Hari ini saya sempat membaca sebuah blog
berkaitan dengan remaja. Cara penyampaiannya mudah difahami oleh pengunjung
blog tersebut, namun terdapat beberapa perkataan yang menarik perhatian saya
ketika sedang membacanya. Percampuran bahasa antara Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris membuat saya tertanya-tanya mengapa terlalu ramai remaja yang gemar
menggunakan percampuran kod bahasa ini ketika menulis. Contoh percampuran kod
bahasa yang saya ambil daripada blog tersebut adalah seperti:
- Teks pada kali ini, ingin saya highlightkan perkataan couple dalam kalangan remaja.
- Akhirnya, saya rasa seperti tidak ada apa-apa benefits pun bila mempunyai pasangan, dan saya memutuskan hubungan kami dengan tanpa ada sebarang alasan.
Ulasan:
Jika kita
lihat fenomena kini, memang terdapat banyak percampuran kod bahasa yang digunakan
dalam penulisan. Situasi seperti ini tidak dapat dinafikan lagi. Mungkin
percampuran kod bahasa ini boleh menjadikan sesuatu penulisan itu kelihatan
santai dan menarik minat orang ramai untuk membacanya. Namun, sebagai rakyat
Malaysia yang cinta akan negara tidak salah sekiranya kita menggunakan bahasa ibunda
kita sendiri dalam sesebuah penulisan bagi memartabatkan lagi bahasa kebangsaan
kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan