Situasi 3
Hari : Rabu
Tarikh : 26 September 2012
Semasa saya berada di dalam sebuah bilik
kuliah bagi mengikuti kelas yang bermula pada pukul 2.00 petang. Saya telah
duduk bersebelahan dengan rakan yang berasal dari Terengganu. Kebetulan pula pada
waktu itu terdapat tiga orang rakan yang lain turut berasal dari Terengganu
duduk bersebelahan dengan saya. Mereka berbicara mengenai tudung dengan
menggunakan loghat bahasa Terengganu. Saya
yang berasal dari Johor agak sukar untuk memahami perkara yang mereka
bicarakan. Namun, saya berasa genbira kerana dapat mengenali dan mempelajari
sedikit sebanyak loghat bahasa mereka.
Ulasan :
Penggunaan dialek dalam masyarakat amat
ketara terutamanya di institut-institut pengajian tinggi kerana di sinilah
tempat berkumpulnya pelbagai masyarakat yang berasal dari negeri-negeri yang
berbeza. Penggunaan dialek dalam masyarakat ini menjadikan Bahasa Melayu
menjadi semakin unik. Namun, penggunaannya dalam situasi formal seperti dalam
mesyuarat, perbincangan dan sebagainya hendaklah dielakkan kerana penggunaan
dialek ini akan menimbulkan masalah bagi mereka yang tidak memahami dialek
tersebut. Hal ini akan menyebabkan halangan dalam komunikasi sehingga
menyebabkan maklumat yang disampaikan terganggu.