Sabtu, 6 Oktober 2012

Peribahasa

Situasi 7

Hari : Selasa

Tarikh : 2 Oktober 2012

Hari ini, saya masih sempat melayari internet dan membuka facebook atau muka buku untuk melihat perkembangan semasa. Zaman kini, perkembangan teknologi sangat pesat membangun. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana segala perkembangan terkini akan segera diberitahu melalui laman sesawang tersebut. Sedang asyik melihat perkembangan terkini, saya terpandang beberapa komen yang menggunakan peribahasa sebagai alat untuk berkomunikasi secara tidak formal.



Cik Nur Adilah menyelam smbil minum air la...hahaha
11 minutes ago · Like
Mohamad Sufi xpela..bak kata cikgu sediakan payung sblm hujan..hahahahahaha
5 minutes ago · Like


Ulasan :

Perkembangan turut dapat memperkembangkan lagi bahasa Melayu. Jika kita lihat situasi sekarang, tidak ramai golongan muda yang mahu menggunakan bahasa-bahasa halus seperti kiasan dan peribahasa apabila berkata-kata. Mungkin kerana tidak ramai yang faham dengan maksud tersirat di sebalik penggunaan kata-kata yang halus ini. namun, masih terdapat lagi sekumpulan kecil anak muda yang mahu menggunakan peribahasa dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini menunjukkan satu perkembangan yang positif terhadap bahasa Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan