Jumaat, 12 Oktober 2012

Kedai Makan


Situasi 11

Hari : Isnin
Tarikh : 8 Oktober 2012

Hari ini saya pergi ke kedai makan yang letaknya di bawah rumah sewa saya. Saya ke sana untuk makan malam bersama rakan-rakan. Setelah menunggu beberapa ketika , seorang pelayan datang ke arah kami dengan membawa senarai menu di tangannya. Apabila saya meneliti senarai menu tersebut, saya dapati banyak kesilapan ejaan dalam senarai menu tersebut. Antara perkataan yang jelas salah dieja ialah perkataan ‘teh’ bertukar menjadi the.




Ulasan:

Kesalahan ejaan merupakan perkara yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita. Apabila menggunakan komputer atau teknologi ini untuk menaip, kadang kala terdapat beberapa perkataan yang dieja akan berubah mengikut sistem ejaan bahasa Inggeris. Oleh itu, kita perlulah berhati-hati dan menyemak semula setiap perkataan yang dieja ini agar tidak berlaku kesalahan ejaan menurut sistem ejaan bahasa Melayu yang sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan