Jumaat, 28 September 2012

Dialek


Situasi 3

Hari : Rabu
Tarikh : 26 September 2012

Semasa saya berada di dalam sebuah bilik kuliah bagi mengikuti kelas yang bermula pada pukul 2.00 petang. Saya telah duduk bersebelahan dengan rakan yang berasal dari Terengganu. Kebetulan pula pada waktu itu terdapat tiga orang rakan yang lain turut berasal dari Terengganu duduk bersebelahan dengan saya. Mereka berbicara mengenai tudung dengan menggunakan loghat bahasa Terengganu. Saya yang berasal dari Johor agak sukar untuk memahami perkara yang mereka bicarakan. Namun, saya berasa genbira kerana dapat mengenali dan mempelajari sedikit sebanyak loghat bahasa mereka.




Ulasan :

Penggunaan dialek dalam masyarakat amat ketara terutamanya di institut-institut pengajian tinggi kerana di sinilah tempat berkumpulnya pelbagai masyarakat yang berasal dari negeri-negeri yang berbeza. Penggunaan dialek dalam masyarakat ini menjadikan Bahasa Melayu menjadi semakin unik. Namun, penggunaannya dalam situasi formal seperti dalam mesyuarat, perbincangan dan sebagainya hendaklah dielakkan kerana penggunaan dialek ini akan menimbulkan masalah bagi mereka yang tidak memahami dialek tersebut. Hal ini akan menyebabkan halangan dalam komunikasi sehingga menyebabkan maklumat yang disampaikan terganggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan