Jumaat, 12 Oktober 2012

Perkataan Sama Makna Lain


Situasi 13

Hari : Rabu
Tarikh : 10 Oktober 2012

Satu perjumpaan telah diadakan oleh kumpulan saya untuk menyiapkan satu tugasan berkumpulan. Kami berkumpul untuk membincangkan perancangan rapi bagi menyempurnakan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah kami. Perjumpaan ini diadakan berhampiran kediaman saya. Semasa perbincangan dijalankan, salah seorang rakan saya telah mengeluarkan perkataan kasut yang merujuk kepada selipar semasa sedang bersembang dengan rakan saya yang lain.

Ayatnya seperti:

Rakan 1 : Cantiknya kasut yang kau pakai tu. Kau beli kat mana?
Rakan 2 : Mana ada aku pakai kasut, kan aku pakai selipar ni.
Rakan 1 : Maksud aku selipar la. Aku dah biasa cakap selipar ni sebagai kasut jugak.

Ulasan :

Penggunaan bahasa ini sangat meluas sifatnya. Satu perkataan juga kadang kala boleh membawa pelbagai maksud. Keadaan ini bergantung kepada penutur yang menuturkannya. Perkara ini sering berlaku dalam kalangan masyarakat terutama masyarakat yang datangnya dari daerah atau negeri yang berlainan. Namun, ianya tidak menjadi penghalang untuk masyarakat tersebut berkomunikasi kerana perkara yang paling penting adalah bahasa tersebut boleh diterima oleh orang lain yang menjadi pendengar.




Selipar

                                              

Kasut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan