Situasi 15
Hari :
Jumaat
Tarikh : 12 Oktober 2012
Pada hari
Rabu yang lepas, saya dan rakan-rakan telah turun berjoging di sekitar kawasan
rumah sewa kami pada waktu petang. Setelah penat berjoging kami duduk di tepi
sungai yang terdapat di kawasan ini sambil menikmati pemandangan dan menghidup
udara segar di waktu petang. Ketika ini, salah seorang rakan saya telah duduk
dalam keadaan mencangkung kerana tidak mahu bajunya kotor akibat duduk di atas
tanah. Seorang lagi rakan saya yang turut bersama kami telah menegur rakan saya
ini dengan menggunakan perkataan atau loghat Terengganu. Perkataan yang
digunakan ialah mencokoh yang
bermaksud mencangkung. Kami yang telah kenal lama dapat memahami bicara yang
dituturkan walaupun kami tidak berasal dari negeri yang sama.
Ulasan:
Bahasa yang
dituturkan oleh setiap penutur akan menggambarkan identiti penutur tersebut. Setiap
negeri di Malaysia ini mempunyai loghat bahasa yang tersendiri walaupun
menggunakan bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu. Namun, apabila kita sudah
biasa bercampur dengan orang yang berasal dari negeri yang berlainan dengan
kita. Tutur bicara mereka yang biasa didengar akan dapat difahami dengan mudah.
Keadaan ini akan menambah lagi kosa kata bahasa Melayu yang kita ketahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan