Jumaat, 12 Oktober 2012

Bahasa SMS


Situasi 14

Hari : Khamis
Tarikh : 11 Oktober 2012

Malam ini latihan drama bagi subjek kesusasteraan yang saya ambil berjalan seperti biasa. Apabila tamat latihan drama ini pada jam 11.00 malam. Saya dan rakan-rakan segera pulang ke rumah. Semasa perjalanan pulang, seorang sahabat telah menghantar pesanan ringkas ke telefon bimbit saya. Dia menaip pesanan ringkas itu dengan menggunakan bahasa yang ditulis dengan menggunakan singkatan perkataan.

Ayatnya seperti:

Sahabat : Ko wt pe 2? Sbk x?
Saya : Bru nak blik lthn drama kt kmpus. Nape?
Sahabat : Ade hal nk bncg skt ni. Psl tugsn. Ko dh pai umh t bg taw k.





Ulasan :

Sistem pesanan ringkas atau SMS merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk menghantar sesuatu pesanan kepada seseorang dengan menggunakan tulisan tanpa perlu berkata-kata. Sistem ini dicipta seolah-olah untuk menggantikan sistem penulisan surat yang digunakan suatu masa dahulu. Penggunaan sistem ini akan menjadikan sesuatu maklumat yang ingin disampaikan itudapat disampaikan dengan cepat. Kelebihan terciptanya sistem ini tidak dapat dinafikan. Kebiasaan orang akan menggunakan bahasa dan tulisan yang ringkas untuk menyampaikan pesanan, namun penggunaan bahasa ringkasan ini perlulah dapat difahami oleh penerima pesanan. Jika tulisan yang digunakan terlalu ringkas, pesanan mungkin tidak dapat difahami oleh penerima pesanan. Oleh itu, jagalah bahasa dan pastikan tulisan yang ditaip tidak terlalu ringkas agar pesanan yang disampaikan dapat difahami dengan baik dan jelas. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan