Jumaat, 12 Oktober 2012

Pelbagai Bahasa


Situasi 12

Hari : Selasa
Tarikh : 9 Oktober 2012

Seminar Dahwah Islamiah Nasional telah diadakan bertempat di Dewan Merdeka PWTC. Saya merupakan salah seorang peserta yang hadir semasa seminar ini berlangsung. Banyak pengisisan yang dapat dijadikan pengajaran dalam kehidupan seharian. Suatu perkara yang membuat saya tertarik ialah percampuran penggunaan tiga bahasa dalam satu pembentangan kertas kerja. Pembentang kertas kerja ini telah menggunakan bahasa Melayu, bahasa Arab dan bahasa Inggeris dalam pembantangan kertas kerjanya. Situasi ini menjadikan pembentangannya lebih menarik untuk didengar kerana seminar ini bukan sahaja dihadiri oleh peserta dalam negara sahaja, malah turut dihadiri oleh peserta dari luar negara.




Ulasan:

Percampuran bahasa boleh membawa kesan positif dan negetif bergantung kepada tujuan penggunaannya. Jika percampuran bahasa ini digunakan dalam situasi yang dihadiri oleh hadirin dari pelbagai negera maka penggunaannya akan menjadi positif kerana penggunaan pelbagai bahasa dalam penyampaian ini akan memudahkan lagi hadirin dari luar negara untuk memahami maklumat yang disampaikan oleh penyampai. Namun, sekiranya penggunaan pelbagai bahasa ini digunakan dalam situasi yang dihadiri oleh orang-orang Melayu sahaja terutama di kawasan-kawasan pedalaman, penggunaan pelbagai bahasa ini akan menjadi salah satu faktor yang akan menyebabkan sesuatu komunikasi itu terganggu dan tidak berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan