Sabtu, 20 Oktober 2012

SALAH FAHAM

Situasi 16


Hari: Sabtu
Tarikh: 13 Oktober 2012

Hari ini aku bersama kumpulan tugasanku telah pergi ke Kedah untuk menyiapkan kajian lapangan kami. Semasa perjalanan ke sana, kami telah singgah di rumah kakak kepada kawanku. Kakak kawanku bersembang dengan adiknya dengan menggunakan loghat Kedah. Kami agak sukar untuk memahaminya. Kakak kawanku itu telah bertanya kepada adiknya sama ada adiknya itu hendak ke kampung Tiak atau tidak. Bagi aku dan rakan-rakan yang lain, kami menganggap bahawa Tiak yang disebut itu merupakan nama orang. Tetapi rupanya Tiak tersebut merupakan nama tempat iaitu sebuah kampung yang terdapat di Kedah.

Ulasan:

Sesuatu perkataan atau bahasa yang digunakan boleh mengelirukan pendengar terutamanya bahasa yang digunakan merupakan bahasa dalam bentuk loghat. Oleh itu, kita sebagai pendengar janganlah terlalu cepat menilai atau membuat kesimpulan sekiranya perkataan yang didengar itu tidak kita fahami. Sebaiknya selidik dan bertanyalah dahulu sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan