Hari: Khamis
Tarikh: 19
Oktober 2012
Selepas
kuliah saya tamat pada jam 10.00 pagi. Saya dan rakan-rakan mengambil keputusan
untuk pergi ke perpustakaan untuk berbincang mengenai tugasan yang telah
diberikan kepada kami. Selepas hampir dua jam kami di perpustakaan, kami
mengambil keputusan untuk pulang ke kediaman masing-masing. Satu perkara yang
menarik perhatianku pada ketika ini telah berlaku. Rakanku yang berasal dari
Sabah mengatakan bahawa dia ingin cepat pulang kerana hendak membubut bas. Kami
yang berasal dari semenanjung langsung tidak mengerti dengan apa yang
dibicarakannya. Setelah kami bertanya barulah kami faham bahawa membubut itu
bermaksud mengerjar.
Ulasan:
Bahasa ini
luas sifatnya dan seronok sekiranya kita mengetahui banyak bahasa. Apabila kita
bercampur dengan orang yang berasal dari negeri yang berbeza, kita dapat
mempelajari pelbagai bahasa dan menambahkan bahasa yang kita ada dalam
pengetahuan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan