Situasi 21
Hari: Khamis
Tarikh: 25
Oktober 2012
Hari raya
Aidiladha akan tiba pada hari esok. Saya dan rakan-rakan mengambil peluang
untuk pulang ke kampung masing-masing pada hari ini. Semasa saya berada dalam
perjalanan pulang ke kampung, saya sempat mendengar lagu raya yang berkumandang
di radio teksi yang saya naiki. Lagu ini didendangkan oleh Anuar Zain dan
Elina. Lagu yang berjudul Suasana Hari Raya ini sering kali berkumandang di
corong-corong radio apabila tibanya hari raya terutamanya apabila tiba hari
raya Aidilfitri. Lagu ini akan menjadi lagu wajib yang akan diputarkan di radio
secara berulang-ulang kali. Ketika saya asyik menghayati bait-bait kata di
dalam lagu ini, saya dapati terdapat perkataan yang salah dalam sistem bahasa
Melayu.
Contohnya:
Kuih dan muih beranika
macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Makanlah jangan hanya di pandang
Ulasan:
Kuih-muih
merupakan kata ganda dalam bahasa Melayu, kata ganda dieja dengan meletakkan
tanda sempang antara dua perkataan. Kuih dan muih yang disebut dalam lagu telah
menunjukkan dua benda yang berbeza. Olah itu, terdapat kesalahan tatabahasa
dalam lagu yang didendangkan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan