Sabtu, 20 Oktober 2012

SEMINAR BAHASA MELAYU

Situasi 18


Hari : Selasa
Tarikh: 16 Oktober 2012

Seminar Memartabatkan  Bahasa Melayu telah diadakan di SITC, UPSI yang berlangsung selama dua hari. Sepanjang seminar ini berlangsung terdapat pelbagai maklumat-maklumat baharu yang boleh saya dapati.banyak ilmu yang telah dikongsikan oleh setiap pembentang bagi memertabatkan lagi Bahasa Melayu di negara-negara serantau. Dalam seminar ini terdapat juga pembentang yang berasal daripada beberapa buah negara seperti Indonesia dan Singapura. Mereka juga berusaha bagi memperkembangkan lagi Bahasa Melayu. Setiap pembentangan disampaikan dalam Bahasa Melayu, namun terdapat juga sedikit perbezaan sebuatan antara pembentang dari negara Malaysia, Singapura dan Indonesia. Perbezaan ini telah menjadikan bahasa Melayu menjadi lebih cantik.



Ulasan:

Banggalah dengan bahasa kita kerana bahasa menunjukkan sesuatu bangsa itu. Walaupun Malaysia, Indonesia dan Singapura menggunakan bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu, namun masih terdapat beberapa perbezaan daripada segi kosa kata dan sebutan yang jelas untuk mencerminkan identiti setiap negara. Keadaan ini yang menjadikan bahasa itu lebih menarik untuk didengari. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan