Sabtu, 20 Oktober 2012

SENYUMLAH

Situasi 17

Hari: Ahad
Tarikh: 14 Oktober 2012

Hari ini saya dan rakan-rakan dalam perjalanan untuk pergi ke Baling, Kedah. Kami melalui lebuh raya utara-selatan untuk sampai ke destinasi yang kami tuju. Semasa melintasi tol untuk membayar tambang perjalanan kami, terdapat seorang wanita yang menjaga tol tersebut. Rakan saya dengan ramah mesranya menegur wanita tersebut dengan senyuman semasa membuat pembayaran. Namun, senyuman dan tegurannya hanya dibalas dengan riak muka yang masam sahaja.


Ulasan:

Senyuman itu sedekah. Tidak salah kita memberikan senyuman kepada orang lain. Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai sifat nilai-nilai murni yang baik, kita harus menunjukkan sikap yang baik kepada orang ramai. Sikap yang baik ini akan disenangi oleh setiap orang yang melihatnya. Oleh itu, belajarlah untuk berbudi bahasa bagi mencerminkan sikap rakyat Malaysia yang sopan santun dan mempunyai berbudi pekerti yang baik.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan