Sabtu, 20 Oktober 2012

BELA = BAIKI

Situasi 19


Hari: Rabu
Tarikh: 17 Oktober 2012

Saya dan rakan-rakan pergi ke kedai yang terdapat di hadapan kampus setelah tamat kuliah kami pada pagi ini. Tujuan utama kami adalah untuk membeli beberapa keperuan dapur yang hampir habis di rumah sewa kami. Semasa melalui kedai yang menjual alatan computer, salah seorang rakan saya tiba-tiba memberitahu kami bahawa dia terlupa membawa laptopnya untuk diformat semula.

Rakan: Ala korang aku lupa la nk bawa laptop. Laptop aku tak dibela lagi.
Saya: Kau nak bela laptop buat apa?
Rakan: Maksud aku bela tu baiki la.

Ulasan:

Kadang-kala sesuatu perkataan bahasa Melayu mempunyai banyak maksud mengikut daerah atau dialek sesuatu tempat. Seperti situasi di atas, biasanya bela membawa maksud memelihara, namun bagi orang negeri Pahang mereka memaksudkan bahawa bela itu sebagai membaiki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan