Hari: Selasa
Tarikh: 30
Oktober 2012
Hari ini,
rakanku datang ke rumah bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh
pensyarah kepada kami. Kebetulan pula, kami tinggal di dalam daerah yang sama.
Kesempatan yang ada ini kami gunakan untuk berjumpa dan menyelesaikan tugasan
kami. Rakanku mengambil keputusan untuk bermalam di rumahku memandangkan banyak
tugasan yang perlu kami selesaikan bersama. Apabila malam menjelma, ibuku
menyediakan selimut untuk rakanku ini. Namun, bagi kami orang Johor kami biasa
memanggil selimut sebagai gebor. Bagi kami orang Johor, perkataan ini sudah menjadi
kebiasaan kerana sering digunakan.
Ulasan:
Gebor
merupakan bahasa Jawa yang bermaksud selimut dalam bahasa Melayu. Terdapat
banyak lagi pengaruh bahasa Jawa dalam perbualan seharian bagi orang Johor.
Walaupun. Johor tidak mempunyai dialek yang pekat seperti Kelantan dan
Terengganu tetapi bahasa yang dituturkan oleh orang Johor tetap mempunyai
kelainannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan