Khamis, 1 November 2012

EPOK-EPOK

Situasi 23


Hari: Ahad
Tarikh: 28 Oktober 2012

Pagi ini saya dan keluarga dihidangkan dengan beberapa jenis kuih untuk sarapan pagi. Antaranya ialah kuih karipap, namun bagi orang Johor kuih karipap ini biasanya akan dipanggil sebagai epok-epok. Emak telah menyusuh saya menghidangkan kuih ini kepada ahli keluarga yang lain.

Ayat yang diuangkapkan:

Emak: Kak, letak epok-epok ni atas pinggan, hidangkan kat atas meja tu.
Saya: Mak, kalau kat tempat lain kuih ni orang panggil karipap.
Emak: Memang orang Johor je yang biasa panggil kuih ni epok-epok.




Ulasan:

Setiap negeri mempunyai keistimewaannya yang tersendiri sama ada daripada segi budaya mahupun bahasa. Tidak kurang juga dengan negeri Johor. Walaupun Johor tidak mempunyai loghat yang kerata seperti negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan negeri-negeri lain, namun, Johor tetap mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dalam bahasa yang berbeza dengan negeri lain. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan