Khamis, 1 November 2012

SUP KOTAK GEAR

Situasi 22


Hari: Jumaat
Tarikh: 26 Oktober 2012

Hari ini merupakan hari raya Aidiladha yang disamput oleh umat Islam seluruh dunia. Ibadah korban dilakukan di seluruh negara. Tidak terlepas juga ibadah korban yang dilakukan di kampung saya. Selepas gotong-royong yang dilakukan untuk ibadah korban tersebut, daging-daging diagihkan kepada orang ramai. Tulangnya pula akan dibuat sup tulang, namun yang menjadi kemusykilan saya ialah mengapa sup tulang ini dipanggil sup gearbox.




Ulasan:

Gearbox merupakan perkataan yang diambil daripada bahasa Inggeris yang menunjukkan satu alat ganti yang terdapat pada kenderan dan dalam bahasa Melayu pula bermaksud kotak gear. Namun, mengapa sup tulang ini dipanggil sup gearbox dan kalau dalam bahasa Melayu pula akan menjadi sup kotak gear. Tidak salah sekiranya masyarakat telah terbiasa memanggil sup ini dengan nama sup gearbox, namun dalam sistem bahasa Melayu apabila perkataan yang berbahasa Melayu dicampurkan dengan perkataan bahasa Inggeris ia tidak boleh digunakan dalam situasi formal. Namun, dalam sosiolingusitik keadaan ini boleh diterima sekiranya masyarakat bersetuju dengan nama yang diberikan ini.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan