Situasi 2
Hari : Isnin
Tarikh : 24 September 2012
Hari ini saya telah berkumpul
bersama-sama dengan rakan-rakan saya di rumah sewa kami. Kami hanya duduk
berkumpul sambil berbual-bual mengenai keadaan semasa di sekeliling kami. Semasa
sedang rancak berbual, salah seorang daripada rakan saya telah mengungkapkan
perkataan ‘minah jebeng’ dalam ayatnya.
Apabila ditanya maksud perkataan tersebut, rakan saya itu telah menjawab bahawa
perkataan ‘minah jebeng’ bermaksud
perempuan Indonesia. Rakan-rakan saya yang lain hanya tersenyum mendengarnya.
Ulasan:
Melalui perbualan kami ini, saya dapati
bahawa bahasa memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian
kita. Bahasa juga boleh diolah dan ditukar ganti dengan perkataan-perkataan lain
yang sama erti dengannya bagi mencantikkan lagi sesuatu bahasa. Namun, jika
bahasa yang digunakan itu merupakan bahasa yang kasar, maka besar kemungkinan bahasa
itu akan menjadi penyebab berlakunya salah faham dan pergaduahan. Oleh itu,
kita perlulah pandai memilih kosa kata yang sesuai apabila ingin berbicara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan