Situasi 1
Hari : Ahad
Tarikh : 23 September 2012
Pada hari Ahad yang lepas, saya dan
rakan-rakan saya telah pergi ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan pulang ke Tanjung
Malim saya telah memperhatikan dua orang adik beradik yang sedang berbual
dengan ibu mereka di dalam sebuah komuter. Ketika adiknya bercerita dengan ibu
mereka, kakaknya telah mencelah dalam perbualan tersebut. Si adik memarahi kakaknya
kerana telah mengganggu perbualannya dengan ibu mereka. Ibu mereka hanya
menasihati anak sulungnya agar membiarkan si adik menghabiskan dahulu perkara
yang ingin diucapkannya.
Ulasan:
Pada pandangan saya, adab ketika ingin
mencelah ini perlu dipelajari oleh setiap orang. Hal ini kerana, adab yang
dipelajari ini akan menggambarkan kesopanan seseorang yang ingin mencelah
perbualan orang-orang yang berada di sekeliling mereka. Mencelah perbualan
orang lain tanpa adab yang betul akan membuatkan seseorang itu menjadi marah atau
mungkin tidak selesa dengan keadaan demikian. Jika seorang kanak-kanak kecil
yang tidak tahu mengenai adab boleh berasa marah apabila perbualannya dicelah
oleh kakaknya, apatahlagi jika kita mencelah perbualan orang dewasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan